HAK ASASI MANUSIA

Hai semua... 
Ruangan Hak Asasi Manusia (HAKAM) ni diwujudkan sebab saya nak kongsi dengan hampa semua pasai isu-isu dan ceghita-ceghita serta lagu-lagu yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia... 


Image result for hak asasi manusia logo

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM telah diadakan pada 24 April 2000.



Fungsi.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
  1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
  2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
  3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
  4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Kuasa
SUHAKAM diberikan kuasa:
  1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
  2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
  3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
  4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
  5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
  6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
  HIJJAZ - SUMAIYAH
  ISU PELARIAN ROHINGYA
 'PELARIAN'
 HAK IBU BAPA
 KESENGSARAAN ETNIK ROHINGYA
 KAJIAN LAPANGAN : KESEDARAN PELAJAR UKM
 ''ALEPPO''
   DOA UNTUKMU ROHINGYA

PIAGAM SUHAKAM :

MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.

BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah masyarakat majmuk.
MENGIKTIRAF bahawa hak asasi manusia akan terus menerus melalui pembangunan sejagat..
DENGAN INI MENGISTIHAR: Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:
Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia.
- Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil.
  • - Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.

  • - Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:
  • Hormat
    Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.

  • Kebebasan
    Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.

  • Integriti
    Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawabnya.

  • Perhubungan
    Meningkatkan perhubungan dengan semua ‘stakeholder’, termasuk pihak Kerajaan, pertubuhan awam, jaringan serantau dan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.

  • Kecekapan
    Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.

  • Keterbukaan
    Memelihara ketelusan  and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang ramai.

  • Pembangunan Kapasiti
    Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lain-lain stakeholder.
SUMBER : SUHAKAM

♥ Terima Kasih membaca ^^v Datang Lagi ♥

2 comments:

  1. Perkongsian yang sangat bermanfaat dan dapat memberi kesedaran kepada generasi sekarang tentang hak-hak asasi manusia yang perlu mereka tahu. Keep it up!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks afifah. rajin2 lah singgah lagi ;)

      Delete