Sedang kita bergembira menyambut tahun baru, ketahuilah masih ada saudara kita yang sedang berduka di luaq sana..
Satu program telah diadakan iaitu ''DOA UNTUKMU ROHINGYA'' di mana ianya telah menghimpun lebih kurang sebanyak 1000 orang pejuang seni di Malaysia yang terdiri daripada selebriti,artis, penulis lagu dan juga pelukis yang turut datang untuk menjayakan program tersebut.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberikan mesej keamanan, dimana ianya melibatkan gabungan astis dan wartawan hiburan dan juga menggunakan elemen hiburan untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa industri hiburan di Malaysia juga turut menolak kekejaman dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam dan sesiapa sahaja.
Program Doa Untuk Rohingya ini juga bukan sahaja ditujukan kepada masyarakat Rohingya, malah kepada penduduk2 di Syria, Palestin dan sebagainya.
SUMBER : AWANI


No comments:
Post a Comment