


Okay.. kali ni aku nak cerita
So untuk adik2 yang tengah runsing nak sambung belajaq mana2 boleh kot usha2 sini. hahahahaha..
Ceghita macam ni..........


Aku SPM tahun 2013.. Habis ja SPM mak ayah aku dah mula tanya,
"kakngah nak sambung mana nanti?'' -mak
"kakngah nak ambik kos apa?' -ayah
Aku pun pening jugak masa tu sebab aku taktau nak jawab apa dan aku sendiri pun taktau aku nak ambik apa.. Aku minat apa pun aku taktau sebab banyak sangat minat aku hahaha.. Apa punya manusia tah aku ni hahaha
Jadi, lepas ja no pin UPU dah boleh beli.. Dengan semangat
2 bulan lepas tu, hari yang mendebarkan pun tiba.. result spm dah keluaq.. Dengan result aku yang tak seberapa tu, aku pun balik rumah isi balik UPU.. Dengan bantuan e-panduan gigih la aku pun cari kos yang sesuai sikit dengan result.. Dan akhirnya aku pun pilih kos biasa2 ja..
Selang beberapa hari lepas dapat result tu, kawan aku ada tanya,
" Ko tak minat form6 ke?'' -timah *bukan nama sebenar*
" Jom la masuk f6 wehhhh.." -tipah *bukan nama sebenar*
" Aku rasa aku masuk f6 kot.." -tijah *bukan nama sebenar*
" FORM 6??? TAKMAU la aku.. aku nak tunggu upu." -AKU *angkuh nau jawapan tu hahaha*
Mulanya memang kalau boleh aku memang takmau masuk form6.. Sebabnya,, pada aku form ni :
* Apa la sangat form 6.. tak cukup ka sekolah 11 tahun.. ni nak tambah lagi setaun setengah nak ngadap sekolah...
* Dah la kena pakai baju sekolah.. bosannya lahai.... Kena ikut peraturan sekolah bagai
Tapi yang atas ni bukan sebab utama dia.. sebab utama dia
* Jeles... yes jeles dengan kengkawan kau yang masuk Uni, Poli, Kolej, Matrik semua bagai... dan kau still duduk situ.. pegi sekolah.. jumpa orang yang sama.. sedangkan depa dah jauh nala sana nun..
* Masa kau masuk f6 jugak, kau akan rendah diri gila2.. sebabnya orang kita ni kalau f6 ja mesti depa pandang serong..
" Alaa.. form 6 je.. ape la sangat.." -unknown
*yang ni paling sedih sebenaqnya...
Tapi masa ni ujian paling dasyat ko kena terima.. bila kawan2 ko yang rapat gila2 masa sekolah dulu dapat sambung belajaq jauh2.. dan kau still dekat situ.. pedih lagi jeles bila tengok depa hang out sesama dengan kawan baru bagai.. terasa kita disini telah disisihkan.. pedih tahu pedih
*terEMO pulak dah.. hahaha

Okay.. sambung balik.. Dan tiba2 aku pun terpikir balik kata2 kawan2 aku yang ajak masuk f6 tu. Lalu aku pun cek tengok surat tawaran f6 dan aku dapat masuk f6.. Masa tu pun aku was2 jugak sebenaqnya.. Apa aku pikiaq masa tu, :
* Kalau aku masuk f6, lepas tu tiba2 dapat masuk U aku boleh keluaq f6 ka...*
( Jangan risau eh adik2.. boleh keluaq f6 dan masuk U hahahaha *kot2 la ada yang pikiaq sama macam aku* )
Lepas dipikiaq semasaknya, aku pun setuju masuk form6.. Aku setuju pun sebab aku takut andai kata aku tak dapat masuk U, jadi aku boleh teruskan form 6....
5/5/2014 - hari paling sedih bagi aku....
hari keputusan upu keluaq.. dan apa yang aku takut selama ni memang betul2 jadi.. Aku langsung tak dapat mana2 IPTA.. Masa tu aku rasa down gila2... sapa tak sedih wehhh.. Dengan result 3A









Tapi takpa lah.. dia punya frust tu kejap ja.. Mungkin rezeki aku dekat f6 kot.. Belum tiba masanya untuk aku berpisah dengan family hahaha... Nasib lah aku dah daftar f6.. Takda la jadi penganggur geseran situ,, hahahaha
Tapi lagi... setelah dipikiaq semasak-masaknya.. ada baiknya jugak aku masuk f6.. Antara sebabnya atau kelebihan form 6 ni...:
Korang hanya belajaq SETAHUN SETENGAH untuk terus ke degree.. Masa belajaq yang singkat.. Pejam celik pejam celik dah habis form 6 haha haha hahaaaa....
Masa Penggal 2&3 ni korang akan kena buat KERJA KURSUS.. Bagi aku kerja kursus ni memang betul2 penyelamat korang.. Cikgu2 korang akan bantu korang masa buat KK ni.. Dah la cikgu yang bantu, then dia jugak yang bagi markah.. So tayah risau sangat.. Kalau buat betul2 n dengar kata/arahan cikgu tak mustahil ko dapat A untuk kerja kursus.. Dan A yang ko dapat ni betul2 dapat bantu naikkan CGPA ko.. *serius tak tipu....
PELUANG KE IPTA yang cerah.. Betul ke Bohong itu tak pasti... Tapi setakat ni yang aku dengar ramai bu guru bilang begitu.. Kalau nak diikutkan kalau korang dapat 2.0 keatas dah boleh masuk U.. Kalau dapat 3.0 keatas lagilah dapat.. Lagi2 kalau dapat 4flat.. Semua sayang ko beb... BIASISWA pun ko dapat kalau result ko gempak2 gila2.. Tapi bagi aku, benda ni bergantung pada rezeki masing2 jugak.. Ada senior aku yang dapat 2.0 pun boleh masuk U.. so tayah risau la..ko pegi belajaq je n skor tinggi2 sudah..*lepas tu jadi macam aku.. taktau nak ambik kos ape pulak.. kihkihkih*


YURAN MURAH... Yuran dia tersangat la murah.. Seingat aku lah.. Aku just bayaq PIBG dengan majalah ja.. Haa masa ni lah ko ada peluang untuk menabung.. Duit sekolah lebih2 tu ko boleh simpan hahahaha dan ko akan jimat dalam segala benda.. Contohnya...- Duit makan? Tayah risau... balik makan kat rumah.. Mak dah masak tu hahaha
- Duit buku? Kalau ko nak murah ko beli dari senior.. Harga baikk punyee.. Tapi kalau senior ko tu baik tak mustahil dapat free hahahaha Tapi kalau ko pun jenis nak yang baru pegi la beli sendiri..Tak sampai RM100 untuk 4subjek.. Tak pun kalau rajin tunggu bocer buku ^_^v
BOLEH ULANG SUBJEK... Haaa ni paling syok dan nyampah.. Bestnya sebab ko boleh repair balik ko punya cacat cela result yang tak berapa cantik tu.. Yang nyampahnya bila ko kena study balik subjek tahun lepas hahahaha *ngadenye.. spm/pmr boleh je study untuk bende yang ko blaja 2/3 tahun lepas* Satu lagi nyampah bila kawan2 sedap tidur malam dan kau masih study untuk paper repeat bahahaha #sistabahTAPI...... setakat yang aku dengaq ni lah.. Batch (96) aku last kot untuk repeat Penggal 3.. lepas ni korang hanya boleh repeat untuk penggal 1 n 2 ja.. Penggal 3 dah tak boleh.. Maknanya korang kena buat butul-butul la masa Penggal 3..
BAHASA MELAYU digunakan sepenuhnya KECUALI untuk subjek tertentu yang guna bahasa Inggeris.. So korang mungkin lebih faham kot masa sesi P&P..
Okay ni last.. yang ni paling best.. Start tahun lepas pelajar STPM dah BEBAS untuk pakai pakaian biasa.. Dah takde baju sekolah bagai.. Walau bagaimanapun... Pakaian yang terlalu mencucuk cucuk mata dilarang sama sekali ye adik2..Okay.... tu je kot kelebihan dia aku rasa hahahaha...
Kalau nak ikutkan banyak lagi benda pasal Form6 yang aku nak cerita.. Tapi takpa.. kita sambung lain nanti.. Setiap cerita mesti ada permulaan dia kan.. ^_^v
Okbye....









Tak ambik form 6 tp teringin nak ambik form 6 masa tgok kawan kawan ambik.tp disebabkan diri ini tak suka tergesa gesa maka pilih diploma. Hehe
ReplyDeletehaha terbalik pulak.. saya memang takda niat lansung nak masuk form6. tapi dah rezeki dekat form6 jugak maka jadi lah budak sekolah lagi untuk setahun setengah
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete