UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
43600
BANGI, SELANGOR
LMCR2152
HAK ASASI MANUSIA
SEMESTER 1 SESI 2016/2017
TAJUK KAJIAN:
“KESEDARAN
MASYARAKAT KHUSUSNYA PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TERHADAP SUHAKAM”
PENSYARAH:
ENCIK MOHAMAD BIN TAHA
DISEDIAKAN
OLEH:
AMIZU SAFFA
NUR FATIN AKILA
------------------------------------------------------------------------------------------
1.
PENDAHULUAN
1.1
HAK ASASI MANUSIA
Hak
asasi manusia merupakan satu hak yang harus dimiliki oleh semua orang sepanjang
kehidupan mereka di atas muka bumi ini. Hal ini kerana, setiap manusia
mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja selagi ianya tidak melanggar peraturan
mahupun undang-undang yang telah ditetapkan. Isu-isu yang berkaitan dengan hak
asasi manusia mula mendapat perhatian yang serius di peringkat antarabangsa
melalui Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat pada tahun 1948. Persatuan ini
melibatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di mana ahlinya terdiri
daripada Negara-negara yang merdeka dari seluruh dunia.
Hak asasi manusia dapat ditakrifkan
sebagai satu hak yang mesti atau wajib diterima oleh semua orang secara sama
rata. Antara hak yang dimiliki oleh semua orang ialah hak memberi pendapat, hak
untuk mendapat tempat perlindungan, hak mendapat keperluan asas seperti makanan
dan minuman serta pakaian, hak mendapat pendidikan yang sewajarnya dan hak
untuk menganut agama dan kepercayaan. Oleh itu, disebabkan oleh perkembang
zaman berubah dari masa ke semasa, tafsiran dan pengertian yang berkaitan
dengan hak asasi manusia juga turut berubah dan juga ianya meliputi segala
aspek di dalam kehidupan manusia.
Oleh kerana masyarakat di seluruh
dunia telah mula menyedari akan kepentingan hak asasi manusia ini, satu persidangan
yang berkaitan isu hak asasi manusia ini telah diadakan di peringkat
antarabangsa. Setelah kerajaan Malaysia mula bergiat aktif dalam pertubuhan
bangsa-bangsa bersatu, kerajaan Malaysia pula menubuhkan sebuah institusi hak
asasi manusia.
1.2
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(SUHAKAM) telah ditubuhkan oleh parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia
1999. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Malaysia telah
melibatkan diri secara aktif dalam Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu bagi Hak
Asasi Manusia. Oleh itu, perkara ini telah menjadi salah satu sebab yang
mendorong Kerajaan Malaysia menubuhkan sebuah institusi kebangsaan hak asasi
manusia. Selain itu, penglibatan Malaysia yang aktif juga merupakan salah satu
faktor kejayaan Persidangan antarabangsa terhadap isu-isu hak asasi manusia di
Vienna. Ekoran daripada kejayaan tersebut, sebuah perbadanan yang berkaitan
dengan isu-isu hak asasi manusia telah ditubuhkan di Malaysia.
Hak asasi manusia telah ditakrifkan
sebagai kebebasan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Fungsi
SUHAKAM ialah memupuk kesedaran di kalangan masyarakat serta menyediakan
pendidikan yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antara usaha yang dilakukan
untuk memupuk kesedaran masyarakat dengan pendidikan adalah dengan mengadakan
bengkel, seminar, dan program-program yang berkaitan dengan hak asasi manusia.
Selain itu, tugas SUHAKAM adalah untuk menasihati dan membantu kerajaan
mengambil langkah-langkah yang perlu diambil dalam menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai ahli-ahli SUHAKAM. Seterusnya, SUHAKAM juga turut berperanan
untuk menyiasat aduan-aduan yang berkaitan dengan pelanggaran hak asasi
manusia. SUHAKAM juga turut diberi kuasa untuk melawat tempat tahanan dan
membuat syor yang berkaitan dengan penyataan awam mengenai hak asasi manusia.
Ahli SUHAKAM terdiri daripada 12
orang pesuruhjaya dimana ahlinya termasuklah pengerusi dan naib pengerusi.
Perlantikan ahli SUHAKAM adalah berdasarkan Yang di-Pertuan Agong dan di atas nasihat perdana menteri. Manakala
anggota ahli SUHAKAM ini mestilah terdiri daripada lelaki dan wanita di mana
setiap ahlinya mesti tergolong daripada pelbagai bangsa, agama, kaum serta
ahlinya juga mestilah mempunyai pengetahuan yang cukup dalam hal yang berkaitan
dengan hak asasi manusia.
Terdapat pelbagai isu dan juga tugas yang telah
diselesaikan oleh SUHAKAM. Antaranya ialah SUHAKAM pernah membuat siasatan awam
dimana saksi telah dipanggil dan disoal dan diperiksa dalam pelbagai isu.
Contohnya isu yang berkaitan dengan hak tanah orang asli dan orang asal. Selain
itu, SUHAKAM juga mempunyai tanggungjawab lain seperti menyediakan laporan
tahun yang berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalan oleh SUHAKAM.
Seterusnya, SUHAKAM juga dibenarkan untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap individu yang melanggar hak asasi manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa
hak asasi manusia mestilah dihormati selagi ianya tidak bercanggah dengan
Perlembagaan Perseketuan. Hal ini kerana, peraturan yang berkaitan dengan hak
asasi manusia ini dipatuhi oleh semua pihak, masyarakat dapat hidup dalam
keadaan yang aman dan sejahtera.
2. KAJIAN LITERATUR
Sebuah kajian telah dijalankan oleh
dua orang pengkaji iaitu Khairiah Salwa Mokhtar, Yessy Oktavia Misdi. Kajian
tersebut dilakukan di Pulau Pinang dan ianya berkaitan Suruhanjaya Hak-Hak
Asasi Manusia (SUHAKAM) dan juga berkaitan kesedaran masyarakat terhadap
kewujudan SUHAKAM ini. Kajian tersebut dijalankan kerana pengkaji ingin
mengetahui dan menilai tahap kesedaran masyarakat di Pulau Pinang ini berkaitan
dengan SUHAKAM. Beberapa persoalan telah dibangkitkan di dalam kajian beliau
khususnya soalan yang berkaitan dengan kewujudan SUHAKAM sebagai sebuah badan
yang membela hak asasi manusia. Selain itu, soalan yang berkaitan dengan
peranan dan fungsi SUHAKAM sebagai sebuah badan pembela hak asasi manusia juga
turut dikaji oleh Khairiah dan Yessy terhadap masyarakat di Pulau Pinang.
Kaedah kajian yang dilakukan oleh
Khariah dan Yessy, mereka telah menjalankan kajian di sekitar kawasan Pulau
Pinang. Respondennya pula terdiri daripada penduduk yang tinggal di kawasan
Pulau Pinang dan iannya dipilih secara rawak. Seterusnya, pengkaji telah
bahagikan kawasan kajian kepada 6 kawasan iaitu Universiti Sains Malaysia,
Pulau Tikus, Balik Pulau, Air Itam, Feringghi dan Georgetown. Sebanyak 320
borang soal selidik telah diberi kepada responden yang dipilih secara rawak.
Selain itu juga, pengkaji juga turut menggunakan kaedah temu bual secara
bersemuka dalam menjalankan kajian beliau. Soalan yang disoal adalah soalan
yang sama daripada borang soal selidik.
Hasil dapatan kajian pengkaji,
beliau mendapati bahawa tahap kesedaran masyarakat di Pulau Pinang tetang
kewujudan SUHAKAM masih kurang. Oleh itu, cadangan yang telah dikemukan oleh
Khairiah dan Yessy ialah SUHAKAM seharusnya perlu mempergiatkan lagi usaha
mereka dalam mempromosikan kewujudan dan juga peranan yang dijalankan oleh
SUHAKAM ini. Oleh itu, dengan cara ini dapat memperbaiki lagi tahap kesedaran
dan kepekaan masyarakat dalam hal yang berkaitan dengan hak asasi manusia ini
dan juga SUHAKAM.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:
3.1
Mengkaji tahap kesedaran Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia tentang
kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
3.2
Mengkaji tentang pengetahuan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai fungsi dan bidang kuasa Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia Malaysia.
3.3 Mengenal pasti dan menyenaraikan beberapa fungsi dan
bidang tugas utama SUHAKAM.
4.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian
terbahagi kepada dua, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Untuk menjalankan
kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif kerana melalui kaedah
tersebut pengkaji mudah mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan
tajuk yang dikaji iaitu kesedaran masyarakat khususnya pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia terhadap SUHAKAM. Kaedah kuantitatif ialah satu kajian yang
dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang bersifat kuantitatif.
Data kuantitatif dapat diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat
pengukuran yang sesuai seperti soal selidik. Kajian kuantitatif juga adalah
dalam berbentuk angka dan pengkaji menggunakan kaedah
soal selidik untuk memungut data daripada orang ramai.
Dalam
menjalankan kajian ini, pengkaji lebih menggunakan data sekunder. Menurut buku
Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D yang ditulis oleh Prof. Dr.
Sugiyono dan diterbitkan pada tahun 2005, data sekunder adalah data yang
diperoleh secara tidak langsung. Contohnya, penelitian data diperoleh melalui
orang lain atau melalui dokumen. Data ini diperoleh daripada buku,
catatan-catatan pihak lain, dan juga daripada internet.
Pengkaji telah menggunakan data sekunder untuk
menjalankan kajian ini kerana melalui data tersebut, pengkaji boleh mendapatkan
maklumat yang lengkapmengenai hak asasi manusia dan juga SUHAKAM.
4.1 RUJUKAN
Kaedah kajian pertama yang digunakan oleh pengkaji
ialah kaedah rujukan. Kaedah rujukan ini digunakan untuk mencari
perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk pengkaji iaitu kesedaran
masyarakat khususnya pelajar universiti kebangsaan malaysia terhadap SUHAKAM.
Kaedah ini terbahagi kepada dua kategori iaitu yang melalui kaedah pembacaan
dan pencarian maklumat daripada internet. Rujukan melalui kaedah pembacaan yang
dilakukan oleh pengkaji ialah pembacaan daripada buku-buku, majalah atau
mana-mana akhbar yang mempunyai maklumat berkaitan dengan SUHAKAM. Contohnya
tugas-tugas dan juga kes yang pernah diselesaikan oleh SUHAKAM. Manakala
rujukan daripada internet pula digunakan untuk mencari tentang latar belakang
SUHAKAM dan juga fungsi-fungsi serta peranan yang dimainkan oleh SUHAKAM.
Selain itu, pencarian maklumat daripada internet turut meliputi pencarian yang
berkaitan dengan logo SUHAKAM, sejarah dan juga ahli-ahli yang terlibat dengan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini.
4.2 SOAL SELIDIK
Kaedah soal selidik ini merupakan kaedah kuantitatif
yang digunakan oleh pengkaji. Dalam
kajian ini, kaedah soal selidik ini digunakan bagi mengetahui tentang sejauh
mana mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia mengetahui
tentang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. Terdapat sebanyak 13 soalan
yang berkaitan dengan SUHAKAM di dalam borang soal selidik ini. Tujuannya
adalah untuk menguji atau mengkaji tahap pengetahuan pelajar di UKM terhadap fungsi
dan tugas-tugas yang berada dibawah bidang SUHAKAM. Kajian ini menyasarkan
seramai 40 orang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelajar tersebut
dipilih secara rawak sebagai responden tanpa mengira latar belakang mereka. Setelah
borang soal selidik dikutip semula daripada responden, data akan dikira dan
direkodkan.
5.0
DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, data yang diperoleh daripada responden
telah dianalisis dan dikemukakan dalam media yang berbentuk graf. Terdapat dua
bahagian di dalam bab ini. Bahagian pertama memerihalkan dapatan kajian
berkaitan dengan demografi responden
yang dianalis melalui borang soal selidik. Bahagian kedua adalah analisis
mengenai tajuk yang dikaji iaitu kesedaran masyarakat khususnya pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap fungsi-fungsi dan tugas SUHAKAM. Data untuk kedua-dua bahagian ini merupakan objektif
kajian yang diperoleh daripada kaedah soal selidik dan rujukan buku serta
internet.
5.1 PROFIL
DEMOGRAFI.
Jadual 1: Jantina responden
Jantina
|
Bilangan (orang)
|
Peratus (%)
|
Lelaki
|
7
|
17
|
Perempuan
|
33
|
83
|
Sumber: Kajian Lapangan 2016
Dalam
kajian ini 17% daripada 40 respoden yang disoal selidik adalah lelaki manakala
selebihnya iaitu dengan peratusan sebanyak 83% adalah perempuan.
Jadual 2: Umur
penduduk/responden
Peringkat umur
|
Bilangan
|
Peratus
|
18-19
|
2
|
5
|
20-23
|
35
|
87
|
24-26
|
1
|
2
|
27-29
|
1
|
3
|
30-32
|
0
|
0
|
33-35
|
0
|
0
|
35 ke atas
|
1
|
3
|
Sumber: Kajian Lapangan
Bagi umur responden, ianya dibahagikan mengikut
peringkat dan berdasarkan peringkat yang diberi 5% daripada 40 orang responden
adalah berumur 18 hingga 19 tahun, 87% berumur 20 hingga 23 tahun dan 2%
berumur 24 hingga 26 tahun. Peringkat umur 27 hingga 29 dan 35 ke atas mencatat
peratusan yang sama iaitu sebanyak 3%. Tiada diantara responden yang berumur 30
hingga 32 dan 33 hingga 35.
Jadual 3: Bangsa
Responden
Bangsa
|
Bilangan (orang)
|
Peratus (%)
|
Melayu
|
28
|
70
|
India
|
2
|
5
|
Cina
|
6
|
15
|
Bumiputera
|
4
|
10
|
Lain-lain
|
0
|
0
|
Sumber: Kajian Lapangan.
Merujuk rajah diatas, sebilangan besar responden
iaitu sebanyak 70% merupakan Melayu,disusuli bangsa India dan Cina dengan
masing-masing mencatat peratusan sebanyak 5% dan 15%. Bumiputera pula merangkumi
10% daripada 40 responden yang disoal selidik.
Jadual 4: Tahap
Pendidikan Responden.
Tahap
|
Bilangan (orang)
|
Peratus (%)
|
Asasi
|
0
|
0
|
Diploma
|
0
|
0
|
Sarjana Muda
|
35
|
87
|
Sarjana
|
5
|
13
|
Doktor Falsafah
|
0
|
0
|
Sumber: Kajian
Lapangan.
Tahap
pendidikan responden pula meliputi peringkat Asasi, Diploma, Sarjana
Muda,Sarjana dan Doktor Falsafah. Tahap pendidikan responden hanya meliputi dua
peringkat iaitu Sarjana Muda sebanyak 87% dan Sarjana dengan 13%. Tiada diantara
responden berada di peringkat Asasi, Diploma dan Doktor Falsafah.
Jadual 5: Tahun
Pengajian Responden.
Tahun
|
Bilangan (orang)
|
|
Tahun 1
|
19
|
47
|
Tahun 2
|
11
|
28
|
Tahun 3
|
8
|
20
|
Tahun 4
|
2
|
5
|
Sumber: Kajian Lapangan.
Dari segi tahun pengajian responden, sebanyak 47%
responden berada di tahun 1, 28% tahun 2, 20% tahun 3 dan 5% berada di tahun 4.
Jadual 6:
Fakulti Responden.
Fakulti
|
Bilangan (orang)
|
Peratus (%)
|
FSSK
|
31
|
77
|
FEP
|
6
|
|
FST
|
2
|
5
|
FUU
|
0
|
0
|
FTSM
|
1
|
3
|
FPEND
|
0
|
0
|
FPI
|
0
|
0
|
FKAB
|
0
|
0
|
Sumber: Kajian
Lapangan.
Bagi bahagian fakulti, majoriti daripada responden
iaitu sebanyak 77% merupakan pelajar
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 15%
pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan 5% Fakulti Teknologi
dan Sains Maklumat.
5.2 ANALISIS
DATA DAN DAPATAN KAJIAN.
5.2.1 Responden
yang tahu mengenai SUHAKAM.
1.
Adakah anda tahu tentang Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM)?
|
Peratus
|
Ya
|
32
|
80
|
Tidak
|
2
|
5
|
Tidak pasti
|
6
|
15
|
Sumber: Kajian Lapangan
Menurut rajah 1, daripada sejumlah 40 responden yang
disoal selidik, sebanyak 80% responden tahu tentang Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM). Manakala peratusan responden yang tidak mengetahui
dan tidak pasti tentang SUHAKAM pula masing-masing mencatat peratusan sebanyak
5% dan 15%.
5.2.2 Responden yang jelas mengenai SUHAKAM.
Adakah anda jelas tentang
fungsi dan peranan SUHAKAM?
|
Peratus
|
Ya
|
12
|
30
|
Tidak
|
7
|
17
|
Tidak pasti
|
21
|
53
|
Sumber:
Kajian Lapangan
Bagi soalan mengenai adakah responden jelas tentang
fungsi dan peranan SUHAKAM pula, sebanyak 30% daripada responden mengatakan
bahawa mereka jelas tentang fungsi dan peranan SUHAKAM. Baki sebanyak 7% dan
21% responden pula menyatakan bahawa mereka tidak jelas dan tidak pasti tentang
fungsi dan peranan perbadanan tersebut.
5.2.3 Tindakan responden jika hak mereka di cabul
oleh pihak-pihak tertentu.
Jika hak anda dicabul
sebagai seorang pelajar, pengguna dan rakyat, adakah anda akan berhubung
dengan SUHAKAM dan melaporkan perkara tersebut?
|
Peratus
|
Ya
|
17
|
42
|
Tidak
|
7
|
18
|
Tidak pasti
|
16
|
40
|
Sumber:
Kajian Lapangan.
Rajah 1.4 merujuk kepada soalan berkaitan dengan
tindakan responden jika hak mereka dicabul adakah mereka akan berhubung dan
melaporkan perkara tersebut kepada SUHAKAM. Hasil daripada soal selidik yang
dijalankan pengkaji, apa yang didapati adalah sebanyak 42% daripada responden
menyatakan mereka akan berhubung dan melaporkan jika hak mereka dicabul.
Manakala sebanyak 18% pula menyatakan tidak dan 40% daripada responden pula
menyatakan tidak pasti.
5.2.4 Ahli keluarga responden yang pernah
berhubung dengan SUHAKAM mengenai Hak Asasi.
Pernahkah diantara ahli keluarga anda membuat laporan mengenai hak asasi
kepada SUHAKAM?
|
Peratus
|
Ya
|
0
|
0
|
Tidak
|
37
|
92
|
Tidak pasti
|
3
|
8
|
Sumbe:
Kajian Lapangan.
Bagi soalan berkaitan pernahkah diantara ahli
keluarga responden membuat laporan mengenai hak asasi kepada SUHAKAM mendapati
sebilangan besar daripada mereka yang meliputi sebanyak 92 peratus menyatakan
bahawa tidak ada diantara ahli keluarga mereka membuat laporan mengenai hak
asasi kepada SUHAKAM dan manakala baki responden sebanyak 8% menyatakan tidak
pasti. Tiada diantara responden yang disoal selidik yang mana ahli keluarga
mereka membuat sebarang laporan kepada SUHAKAM.
5.2.5 Pengetahuan responden mengenai SUHAKAM
sebagai satu perbadanan korporat.
Adakah anda tahu bahawa
SUHAKAM merupakan satu perbadanan korporat?
|
Peratus
|
Ya
|
11
|
27
|
Tidak
|
15
|
38
|
Tidak pasti
|
14
|
35
|
Sumber:
Kajian Lapangan.
Pernyataan mengenai
adakah responden tahu bahawa SUHAKAM merupakan satu perbadan korporat
pula mendapati peratusan sebanyak 27% daripada 40 respoden yang di soal selidik
menyatakan bahawa mereka tahu SUHAKAM merupakan satu perbadanan korporat.
Manakala sebanyak 38% dan 35% masing-masing menyatakan mereka tidak tahu dan
tidak pasti sama ada SUHAKAM adalah perbadanan korporat.
5.2.6 Tahap pengetahuan responden mengenai tugas, fungsi dan bidang
kuasa SUHAKAM.
Tahap
pengetahuan responden mengenai bidang kuasa, tugas dan fungsi SUHAKAM dapat
dilihat melalui jadual dan rajah 6. Daripada soalan pertama yang ditanya dalam
boring selidik yang diedar yang berkisar tentang salah satu peranan SUHAKAM
adalah menasihati kerajaan dalam memutuskan sesuatu perundangan, sebahagian
besar iaitu seramai 22 orang responden tidak pasti mengenai pernyataan ini jika
ianya adalah merupakan peranan SUHAKAM. Hanya 8 orang responden saja yang
setuju mengenai pernyataan tersebut manakal selebihnya iaitu seramai 4 dan 6
orang responden masing-masing menyatakan sangat setuju dan tidak setuju.
Pernyataan
seterusnya iaitu mengenai adalah tanggungjawab SUHAKAM untuk memupuk kesedaran
dalam diri masyarakat berkaitan Hak Asasi Manusia pula mendapat respon seramai
19 orang responden setuju dengan pernyataan tersebut, 13 responden sangat
bersetuju, 3 tidak setuju dan 5 tidak pasti.
Selain
itu, pernyataan berkaitan SUHAKAM patut mengmbil serius perkara berkaitan
penyalahgunaan hak bersuara oleh pihak tertentu mendapati sebilangan besar
responden iaitu seramai 23 orang sangat bersetuju mengenai perkara tersebut.
Pernyataan
keempat yang disoal adalah berkenaan perkara berkaitan penceraian dan penderaan
tergolong dalam bidang kuasa SUHAKAM mendapati seramai 19 orang responden tidak
pasti jika perkara penceraian dan penderaan adalah tergolong dalam bidang kuasa
SUHAKAM. Hanya sebilangan kecil daripada responden iaitu seramai 4 dan 6 orang
sahaja yang setuju serta sangat setuju mengenai pernyataan tersebut.
Bagi
pernyataan SUHAKAM patut memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai
perbadanan mereka melalui cerama dan mengadakan kempen mendapat respon sangat
setuju daripada 19 orang responden.
Bukan
itu sahaja, pernyataan berkaitan perkara rasuah yang mampu mendorng kepada
pencabulan hak asasi mendapati sebilangan besar responden dengan seramai 16
orang bersetuju akan pernyataan tersebut.
Disamping
itu, seramai 24 orang responden menyatakan tidak pasti mengenai penyataan menjalankan
siasatan mengenai isu kematian dalam tahanan polis berada dibawah bidang kuasa
SUHAKAM dalam membela hak asasi manusia tanpa mengira status. Hanya sebilangan
kecil daripada responden iaitu seramai 6 orang sahajayangsangat setuju mengenai
penyataan tersebut.
Segala
perkara berkaitan hak asasi manusia adalah bidang kuasa SUHAKAM pula mendapati
sebilangan 14 orang responden bersetuju berkenaan penyataan tersebut. 10 orang
sangat bersetuju, 2 tidak setuju, seorang menyatakan sangat tidak setuju dan 13
orang responden tidak pasti.
Daripada
40 orang responden yang disoal selidik, hampir separuh daripada mereka iaitu
seramai 20 orang menyatakan tidak pasti akan penyataan SUHAKAM hanya berfokus
pada hak asasi sahaja. Selebihnya iaitu sebanyak 5 orang bersetuju, 7 orang
sangat bersetuju, 6 orang tidak setuju dan 2 orang sangat tidak setuju terhadap
penyataan yang disoal.
Seterusnya,
kebanyakkan responden iaitu 23 orang tidak pasti akan penyataan tentang
ahli-ahli SUHAKAM bebas daripada pengaruh politik. Hanya sebilangan kecil
daripada mereka bersetuju akan hal tersebut.
Mengenai
kes-kes rogol dan cabul berada di dalam bidang kuasa SUHAKAM untuk disiasat
jika terdapat laporan mengenai kes tersebut mendapati kebanyak responden tidak
pasti iaitu seramai 17 orang jika kes-kes tersebut termasuk dalam bidang kuasa
SUHAKAM.
Berdasarkan
penyataan seterusnya iaitu Perlantikan anggota SUHAKAM adalah berdasarkan syor
Perdana Menteri dan disahkan jawatan oleh Yang Di-Pertuan Agong, 24 orang
responden daripada 40 yang disoal selidik menyatakan tidak pasti akan prosedur
perlantikan anggota SUHAKAM tersebut. Sebilangan kecil iaitu seramai 5 orang
responden sahaja yang bersetuju mengenai penyataan tersebut.
Penyataan
terakhir, SUHAKAM boleh menjalankan siastan ke atas pelanggaran Hak Asasi
Manusia tanpa menerima apa-apa laporan daripada mana-mana pihak pula mendapati
seramai 10 orang responden bersetuju berkenaan penyataan tersebut dan seramai
17 orang responden pula tidak pasti. Selebihnya seramai 6 orang sangat setuju,
seorang sangat tidak setuju dan 6 orang tidak setuju.
5.2.7 Fungsi dan bidang tugas utama SUHAKAM.
Fungsi
|
•
Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan
pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
•
Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam
merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan
langkah-langkah yang perlu diambil;
•
Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan
dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara
antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
•
Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan
pelanggaran hak asasi manusia.
|
Bidang Kuasa
|
•
Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia
dan untuk mengakujanji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program,
seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan
itu.
•
Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak
berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan
mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah
sesuai yang hendaklah diambil.
•
Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa
pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini.
|
Bidang Kerja
|
•
Hak kepada Kesihatan di dalam Penjara
•
Kematian di dalam Tahanan Polis
•
Orang Asal
•
Orang Kurang Upaya (OKU)
•
Warga Emas
•
Hak Asasi Manusia dan Perniagaan
•
Pemerdagangan Manusia
•
Pendidikan
|
Kuasa Yang Berhubungan
Dengan Siasatan
|
Suhakam berkuasa:
•
Memanggil dan siasat semua
orang sebagai saksi dan menyuruh saksi bersumpah.
•
Menerima keterangan.
•
Mengizinkan atau menghalang sesiapa
sahaja daripada mengikuti siasatan.
|
Boleh menyiasat atas
kehendak sendiri
atau atas
aduan
|
• menyiasat pengataan mengenai
pelanggaran hak asasi
manusia orang atau kumpulan orang itu.
• merekodkan dapatan
itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang membuat
aduan itu.
• untuk mendapatkan
dan menerima segala
keterangan, bertulis
atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang
sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh
Suruhanjaya perlu atau patut didapatkan atau diperiksa;
(b) untuk menghendaki
supaya keterangan itu,
sama ada bertulis atau lisan, mana-mana
saksi dibuat dengan
bersumpah atau
berikrar, sumpah
atau ikrar
itu
yang
berupa sumpah atau ikrar yang dikehendaki daripada
saksi itu jika saksi
itu memberikan keterangan dalam mahkamah undang-undang,
dan untuk mentadbirkan atau
menyebabkan ditadbirkan oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Suruhanjaya,
suatu sumpah atau ikrar kepada tiap-tiap saksi
itu;
(c) untuk memanggil mana-mana orang yang bermastautin di Malaysia supaya menghadiri mana-mana mesyuarat Suruhanjaya bagi memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa
dokumen atau benda
lain yang ada dalam miliknya, dan untuk memeriksa orang itu
sebagai saksi atau menghendakinya mengemukakan apa- apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya;
(d) untuk menerima, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56], apa-apa keterangan, sama ada
bertulis atau lisan, yang
tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
(e) untuk membenarkan atau tidak membenarkan orang
ramai
mengikuti siasatan itu atau mana-mana
bahagian
siasatan itu.
|
Sumber:
Undang-Undang Malaysia: Akta 597, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
1999.
6.0
RUMUSAN
Melalui
penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif, adalah didapati
bahawa sebilangan besar masyarakat khususnya pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia Bangi tahu dan sedar mengenai kewujudan SUHAKAM, namun tidak jelas
mengenai fungsi dan bidang tugas SUHAKAM. Peratusan pelajar UKM Bangi yang tahu
mengenai SUHAKAM adalah sebanyak 80% dan bilangan yang tidak pasti atau tidak
jelas mengenai bidang kuasa dan fungsi SUHAKAM adalah sebanyak 50%. Kajian ini
juga mendapati bahawa jika terdapat pencabulan hak asasi yang terjadi kepada
pelajar mendapati 17% daripada mereka akan mengambil tindakan dengan melaporkan
perkara tersebut kepada SUHAKAM.
Walaubagaimanapun,
terdapat juga diantara mereka tidak pasti jika ingin melaporkan kepada SUHAKAM
ataupun tidak. Apabila disoal mengenai jika terdapat ada diantara ahli keluarga
pelajar yang berhubung dengan SUHAKAM mengenai hak asasi, sebilangan besar ahli
keluarga pelajar tidak berhubung dengan SUHAKAM berkaitan hak asasi. Secara
zahirnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana masyarakat khususnya
pelajar UKM Bangi sedar dan jelas mengenai SUHAKAM.
Hasil
daripada penyelidikan ini pula mendapati secara keseluruhannya pelajar masih
tidak jelas akan tanggungjawab sebenar SUHAKAM. SUHAKAM ditubuhkan bagi membela
hak asasi rakyat yang tinggal di bumi Malaysia namun sayang terdapat juga ada
diantara masyarakat diluar terutama pelajar tidak menggunakan ‘kemudahan’ yang
sedia ada untuk membela nasib mereka jika terdapat pencabulan hak asasi.
Pelajar khusunya harus peka terhadap kemampuan yang mampu dilakukan SUHAKAM dan
tidak segan serta takut untuk mengemukan laporan kepada suruhanjaya tersebut
mengenai hak asasi kerana suruhanjaya seperti ini ditubuhkan bukan untuk
kepentingan kerajaan semata-mata namun untuk kepentingan dan kesejahteraan
rakyat itu sendiri.
Daripada
dapatan yang dikemukan laporan ini, kajian yang dijalankan berjaya menepati
objektif utama kajian.
7.0
RUJUKAN
- Khairiah Salwa Mokhtar,
Yessy Oktavia Misdi. 2005. Suruhanjaya
Hak-hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Kesedaran.
http://eprints.usm.my/9821/1/Suruhanjaya_Hak-hak_Asasi_Manusia_Malaysia_(SUHAKAM)_dan_Kesedaran_Masyarakat_(PPPJJ)_2005.pdf.
- Prof. Dr. Sugiyono. 2005. Metode
Penelitian Pendidikan : Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif, dan R&D.
Bandung : Alfabeta.
- Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia. 2013. Fungsi dan Kuasa. http://www.suhakam.org.my/ms/about-suhakam/fungsi-kuasa/.
[9 Disember 2016]
- Syahredzan Johan. 2016.
Peranan Penting Suhakam. http://www.sinarharian.com.my/mobile/kolumnis/syahredzan-johan/peranan-penting-suhakam-1.597553.
[ 12 Disember 2016]
- Undang-Undang Malaysia.
1 Disember 2011. Akta 597, Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.
♥ Terima Kasih membaca ^^v Datang Lagi ♥