November 28, 2016

'Pelarian'




Lirik Lagu 'Pelarian'


Selangkah ke depan beribu ancaman
Menanti di setiap penantian
Hanya sendiri, tegak berdiri
Sampai bila pun tak pasti
Hati ini.. Sudah mati..
Kewujudan.. Tiada erti
Tangisan tak dipeduli
Adakah kekal disini..

Perjuangan harus aku teruskan 
Walau beribu halangan..
Demi sebuah impian...
Biar aku terus berlari.. 
Dari mimpi ngeri yang menghantui

Konspirasi hitam suara yang kejam 
Dunia hanya mampu memandang 
Berselindung di sebalik tembok bukan kepunyaan diri
Tak pernah mengerti dan peduli apa yang sudah terjadi

Perjuangan harus aku teruskan 
Walau beribu halangan
Demi sebuah impian...
Biar aku terus berlari
Dari mimpi ngeri yang menghantui..

 *music*

Perjuangan harus aku teruskan..
Walau beribu halangan..
Demi sebuah impian...
Biar aku terus berlari
Dari mimpi ngeri yang menghantui..

Pelarian.. satu gelaran..
yang diberikan kepada diriku..


---------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu ini ditujukan kepada etnik rohingya.
yang mengisahkan kehidupan mereka ditindas di tempat mereka sendiri.
dan juga tiada tempat bergantung serta tiada siapa yang perdulikan nasib mereka.
Sikap yang kejam dari sesetengah pihak dan juga dunia seolah-olah memejam mata menyebabkan mereka terpaksa berjuang sendiri mengharungi liku-liku kehidupan di tanah airnya sendiri dan juga terpaksa mengambil keputusan untuk menjadi Pelarian.




♥ Terima Kasih membaca ^^v Datang Lagi ♥

Isu Pelarian Rohingya


" Kami terseksa di negara sendiri".
 Itu antara luahan pelarian Rohingya yang kini berada di Pulau Langkawi selepas melarikan diri dari Myanmar dan menempuh laluan sukar sebelum mendarat di Malaysia. Usaha Malaysia dan Indonesia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan kepada ribuan pelarian etnik Rohingya yang masih berada di perairan antarabangsa sejak beberapa minggu lalu dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah
Sejak tahun 1990 hingga saat ini, tentera Myanmar masih menerapkan politik diskriminasi terhadap suku-suku minoriti di Myanmar, termasuk Rohingya, Kokang dan Panthay. Para pelarian Rohingya melaporkan mereka mengalami kekerasan dan diskriminasi oleh kerajaan seperti bekerja tanpa digaji dalam projek-projek kerajaan dan pelanggaran hak asasi manusia lain.
Pada tahun 2012 rusuhan perkauman pecah antara suku Rakhine dan Rohingya yang dicetuskan oleh rogol dan pembunuhan seorang gadis Rakhine oleh para pemuda Rohingya yang disusul pembunuhan sepuluh orang pemuda Muslim dalam sebuah bas oleh orang-orang Rakhine. Menurut kerajaan Myanmar, akibat kekerasan tersebut, 78 orang terbunuh, 87 orang luka-luka, dan lebih daripada 140,000 orang terlantar dari kedua-dua belah pihak baik suku Rakhine dan Rohingya. Kerajaan melaksanakan jam malam dan keadaan darurat yang membolehkan pihak tentera bertindak di Rakhine. Walaupun para aktivitis NGO Rohingya menuduh bahawa pihak polis dan kekuatan tentera turut berperanan serta dalam kekerasan dan menangkap orang-orang Rohingya, tetapi siasatan oleh pertubuhan International Crisis Group melaporkan bahawa kedua-dua pihak mendapat perlindungan dan keselamatan dari pihak tentera.
Pada tahun 2014 kerajaan Myanmar melarang penggunaan istilah Rohingya dan mendaftarkan orang-orang Rohingya sebagai orang Bengali dalam bancian penduduk pada masa itu. Pada bulan Mac 2015 yang lalu kerajaan Myanmar mencabut kad pengenalan penduduk bagi orang-orang Rohingya yang menyebabkan mereka kehilangan kewarganegaraannya dan tidak mendapatkan hak-hak politiknya. Ini menyebabkan orang-orang Rohingya melarikan diri ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.
SUMBER : Panduan Malaysia


Begitulah antara masalah yang dihadapi oleh etnik rohignya sejak sekian lama sehingga kini yang tiada kesudahannya. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya haruslah diambil untuk membantu mereka demi memperjuangkan hak-hak asasi yang sepatutnya dimiliki oleh mereka.
♥ Terima Kasih membaca ^^v Datang Lagi ♥